APAKAH HYPERTENSI?

Apakah hypertensi? Tekanan darah tinggi.
Hypertensi atau tekanan darah tinggi mempunyai kesan seperti rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental seseorang serta memberi kesan kepada keluarga dan kerja mereka.

Apakah penyebab hypertensi/ tekanan darah tinggi?
90% penyebab sebenar adalah tidak diketahui manakal 10% lagi adalah berpunca dari penyebab sekunder iaitu akibat dari penyakit tertentu seperti penyakit buah pinggang, sistem endokrin yang bermasalah, dan pembuluh darah (salur darah) yang bermasalah.

Adakah penyakit ini boleh diwarisi dari ahli keluarga?
Seseorang yang mempunyai sejarah kedua ibu bapa penghidap hypertensi/ tekanan darah tinggi mempunyai 50% kemungkinan mewarisi penyakit ini. Jika salah seorang dari mereka mengidap hypertensi/ tekanan darah tinggi, maka anak-anak juga mungkin mewarisinya.

Apakah faktor penyebab hypertensi/ tekanan darah tinggi?
Beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan hypertensi atau tekanan darah tinggi adalah seperti cara hidup yang tidak aktif, umur melebihi 35 tahun, merokok, kegemukan, paras kolesterol yang tinggi, mempunyai sejarah keluarga, pengambilan alkohon yang berlebihan, dan pengambilan garam yang tinggi.


Apakah tanda-tanda atau gejala hypertensi/ tekanan darah tinggi?

Pengidap hypertensi/ tekanan darah tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala. Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Sakit kepala boleh berlaku dalam kes pengidap hypertensi/ tekanan darah tinggi di mana ianya selalu berlaku di waktu pagi, di bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan hypertensi/ tekanan darah tinggi seseorang). Anda boleh memastikan atau mengesahkan hypertensi/ tekanan darah tinggi dengan membuat pemeriksaan tekanan darah di klinik yang berhampiran. Anda sangat dinasihatkan agar tidak menunggu sehingga gejala timbul, kerana pada ketika itu anda mungkin sudah terlambat.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



http://www.wasap.my/60192016520/foreverbloginfo
#Diskaun bagi setiap pembelian produk untuk ahli
#Peluang meningkatkan kesihatan yang lebih baik
#Peluang menjana pendapatan yang meyakinkan

#LIKE and SHARE #Forever

Popular Posts